widgets

Pages

Wednesday, December 19, 2012

Bolasepak 9 Sebelah - Team Otai 12 Keluarkan Perbelanjaan Besar Untuk Tahun Depan

The Special One, Jose Maurinho yang dijemput mengadili perlawanan akhir Kejohanan 9 Sebelah Piala Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri sudi bergambar dengan Team Otai 12 walaupun beliau tahu Team Otai 12 telah bungkus semasa diperingkat kumpulan.

Pengurus Real Madrid, The Special One Jose  Mourinho telah bersetuju untuk melatih Team Otai 12 didalam persiapan untuk menghadapi kejohanan 9 sebelah Piala Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri untuk musim 2013. Beliau yang dijangka menerima gaji lebih dua kali ganda daripada apa yang dibayar kepadanya oleh pengurusan Real Madrid akan mula melatih pemain-pemain Otai 12 selewat-lewatnya hujung bulan Januari 2013.

Ketua Lorong Duabelas Encik Meor Zamzuri Meor Ralip didalam temubual melalui telepon dengan wartawan Malaysiakuno.com semalam mengatakan, pihak pengurusan tiada masalah untuk membayar gaji jurulatih tersebut kerana Badan Kebajikan Dan Perpaduan Penduduk Lorong Duabelas mempunyai punca kewangan yang sangat kukuh hasil daripada kutipan bulanan yang diadakan sebanyak RM10.00 setiap rumah walaupun masih lagi ada yang belum melunaskannya, Encik Meor Zamzuri juga mengatakan bahawa Jose  Mourinho dan keluarganya juga akan mendiami salah sebuah rumah yang masih kosong dan telah diperbaiki di Lorong Duabelas selama beliau berada dinegara ini.

Sumber : Wartawan Malaysiakuno.com

1 comment:

Anonymous said...

Ha3....saya ingatkan wartawan tu telefon dalam mimpi...rupa2nya betul2....