widgets

Pages

Tuesday, December 18, 2012

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri 2012


Satu kejohanan bolasepak sembilan sebelah merebut Piala Pengerusi Persatuan Penduduk Komplek Perumahan Polis Taman Desa Baiduri, Cheras telah diadakan pada 15 Dis. 2012 bertempat di padang Baiduri Awam, Cheras.

Kejohanan yang bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kesukanan serta merapatkan hubungan silatulrahim dikalangan penduduk komplek perumahan tersebut yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila sebanyak 12 pasukan telah menyertainya.

Pengerusi persatuan penduduk, Encik Ayub Shafie didalam ucapan penutupnya menyatakan bahawa, kejohanan tersebut telah berjaya mencapai matlamatnya dan akan menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan dan beliau juga berjanji akan mengadakan kejohanan serupa yang akan dikhaskan untuk para remaja dikalangan anak-anak penduduk dikomplek perumahan tersebut.

Didalam kejohanan tersebut Pasukan Blok 'C' telah muncul juara yang pertama apabila berjaya mengalahkan Pasukan Blok 'D' diperingkat akhir melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan berkedudukkan seri 0 - 0 setelah tamat masa sebenar.

Pasukan Blok 'C' juara pertama Kejohanan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri.
Gambar-gambar suasana semasa kejohanan tersebut diadakan..........





























































































































































































































































2 comments:

Anonymous said...

Kali nie tahun suaikenal...tahun depan Otai 12 takkan bagi peluang....team lain jangan harap nak menang...he3...

Anonymous said...

dasyat..... semangat mcm ni yg kita mahu