widgets

Pages

Monday, February 4, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Di Lorong Duabelas



Hasil perpaduan dan kesepakatan penduduk Lorong Duabelas buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada hari Khamis 19 Rabiulawal 1434H bersamaan 31 Januari 2013M,

majlis yang telah diadakan pada jam 9.00 malam itu menggunakan tema diperingkat kebangsaan iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.

Sejak dari awal pagi lagi penduduk-penduduk di Lorong Duabelas telah bergotong royong membuat persiapan dan memasak lauk pauk dan lain-lain juadah bagi dihidangkan kepada tetamu yang akan hadir pada malam tersebut. Majlis yang sangat bermakna itu terserlah kemeriahannya apabila hampir kesemua penduduk Lorong Duabelas bersama keluarga mereka telah hadir kecuali mereka yang bertugas dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang diketuai oleh Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri SM Ayub Shafie, Naib Pengerusi ASP Zainudin Yatiman, Setiausaha Encik Haslizam Ahmat, Pengerusi Surau Nurul Ittifaq Taman Desa Baiduri, Insp. Selamat Ramlan, Setiausaha Surau SM Abd. Majid Kasim, Pen. Setiausaha Surau Sjn. Zaini Ahmad serta barisan ahli jawatankuasa persatuan serta jemaah daripada Surau Nurul Ittifaq.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan Pengacara Majlis Encik Mohd. Jamil Mohd. Salleh yang juga Setiausaha BKPP Lorong Duabelas dan diikuti ucapan ringkas Pengerusi BKPP Lorong Duabelas Encik Meor Zamzuri Meor Ralip dan seterusnya ucapan oleh Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri Encik Ayub Shafiee.

Didalam ucapannya Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri Encik Ayub Shafie merasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada barisan AJK BKPP Lorong Duabelas dan penduduknya yang telah berusaha mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H pada tahun ini dan beliau juga berharap usaha yang dilakukan oleh penduduk Lorong Duabelas untuk mengeratkan tali perpaduan dikalangan penduduknya akan menjadi contoh dan tauladan kepada penduduk-penduduk di Taman Desa Baiduri, setelah selesai ucapan Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah dan diakhiri dengan selawat beramai-ramai keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dipimpin oleh Imam Surau Nurul Ittifaq Encik Md. Yassin Bin Lagiman.

Kepada tetamu yang hadir kami di Lorong Duabelas mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan sokongan dan kepada semua penduduk di Lorong Duabelas inilah yang dinamakan ‘Anjakan Paradigma’ dan Anjakan Paradigma yang pertama ini nampaknya mendatangkan hasil yang amat membanggakan dan Admin merasa sangat tersentuh pada majlis tersebut apabila melihatkan kesungguhan penduduk di Lorong Duabelas ‘Bersama Mengeratkan Perpaduan’ dikalangan mereka dan pepatah ada mengatakan “didalam setandan pisang sudah tentu ada sebiji dua yang busuk”, ............ nasihat Admin, demi perpaduan demi mengeratkan silatulrahim mari kita sama-sama berdoa semuga Allah S.W.T. membuka hati mereka untuk menyertai kita semula............ buang yang keruh ambil yang jernih....... jika kita ikhlas Allah S.W.T. akan memakbulkan apa yang kita doakan........ Insyallah.


Gambar-gambar suasana semasa majlis diadakan
























No comments: