widgets

Pages

Thursday, July 18, 2013

Lorong Duabelas Sambut Ramadhan Dengan Tahlil & Doa.


Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini, ramai umat Islam akan menyambutnya dengan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat samada dibuat dirumah atau di surau atau di masjid-masjid bukan sahaja di Malaysia malah juga hampir diseluruh dunia.
Pada tahun ini Lorong Duabelas tidak ketinggalan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang telah diadakan pada 6hb. Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat diperkarangan Lorong Duabelas.

Majlis yang buat pertama kali diadakan oleh penghuni Lorong Duabelas itu juga disertakan sekali dengan majlis akikah dan sambutan hari lahir anak-anak penghuni Lorong Duabelas serta majlis penyampaian hadiah Anak Cemerlang Lorong Duabelas dan penyampaian hadiah Pertandingan Boling Lorong Duabelas yang telah diadakan seminggu sebelum itu.

Hampir 300 jemputan telah hadir dimajlis tersebut termasuk anak-anak yatim daripada Rumah Bakti Nur Syaheera.

No comments: