widgets

Pages

Monday, July 14, 2014

Tentera Israel lakukan pengebumian sulit

Mangsa kekejaman zionis

TEHERAN 14 Julai - Israel secara sulit telah mengadakan upacara pengebumian beberapa anggota tenteranya yang terkorban dalam pertempuran menentang Palestin di Genting Gaza, lapor media semalam.

Portal akhbar Mesir, Youm7 melaporkan bahawa beberapa saksi mendakwa mereka melihat beberapa upacara pengebumian dilakukan Timur Baitulmuqaddis yang dilakukan tentera Israel bagi mengebumikan anggota yang terkorban dalam peperangan di Gaza.

Namun tentera Israel enggan mendedahkan secara rasmi mengumumkan jumlah orang awam dan anggota tentera yang terkorban.

Sementara itu, sumber Israel mengakui bahawa lebih daripada 200 penduduk Israel telah cedera sejak enam hari lalu ekoran serangan roket yang dilancarkan Pergerakan Pemisah Hamas.


Sumber - Utusan Online

No comments: