widgets

Pages

Monday, September 8, 2014

Terkini - Dua penjenayah maut, tiga anggota polis cedera ditembak


KOTA BHARU 8 Sept. - Dua penjenayah yang paling dikehendaki maut manakala tiga anggota polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 4.10 pagi tadi.

Salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai Mat Hatim, 25, dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh di negeri ini.

Pihak polis akan mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan secara mendalam mengenai kejadian tersebut pada pukul 3 petang ini.

Sumber - Utusan Online

No comments: