widgets

Pages

Tuesday, October 30, 2012

MESYUARAT PENUBUHAN BADAN KEBAJIKAN DAN PERPADUAN PENDUDUK LORONG DUABELAS



Bertarikh 13 Okt. 2012 pada jam 9.00 pagi diatas kesepakatan penghuni di LTSARH 12, telah diadakan satu mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan penubuhan sebuah badan atau persatuan yang boleh menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dikalangan penduduk di LTSARH 12.

Pepatah mengatakan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" dan akhirnya dengan sebulat suara kini penghuni di LTSARH 12 telahpun mempunyai sebuah badan atau persatuan yang dinamakan "Badan Kebajikan dan Perpaduan Penduduk LTSARH 12".

Apa yang membanggakan adalah apabila mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti pertama mereka iaitu acara gotong royong untuk membersih dan menceriakan  LTSARH 12 yang akan diadakan pada 20 Okt. 2012 pada jam 8.30 pagi.

Tahniah kepada penghuni di LTSARH 12 dan diharapkan selepas ini banyak lagi acara atau aktiviti yang berfaedah akan diadakan selepas ini.

Gambar Suasana Mesyuarat Pertama Lorong Duabelas

 Nak makanke nak mesyuarat ni........
Makan time.......
Yang baju biru tu penghuni lorong duabelaske???
Penghuni lorong duabelas sedang menjamu selera


Brother fendi tengah mencedok nasi lemak.......... yang kat belakang tu Cik Mon salah seorang masterchef di lorong duabelas

No comments: