widgets

Pages

Tuesday, October 30, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2012 PENCETUS IDEA PENUBUHAN BADAN KEBAJIKAN DAN PERPADUAN PENDUDUK LORONG DUABELAS.



Hasil daripada permuafakatan penduduk di LTSARH 12 untuk mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 yang telah diadakan pada 17 Sept. 2012 telah mencetuskan idea untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bertujuan untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dikalangan penduduk di LTSARH 12.

Tahniah diucapkan kepada penduduk di LTSARH 12 kerana komitmen yang anda berikan dan diharapkan penubuhan sebuah badan atau persatuan akan menjadi kenyataan nanti.

Berbalik kepada rumah terbuka sempena Hari Raya Idilfitri 2012 yang telah diadakan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah apabila hampir 600 tetamu termasuk para penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras telah hadir di majlis tersebut. Keseronokan bertambah apabila anak-anak penduduk serta anak-anak tetamu dibawah duabelas tahun yang hadir telah diberikan duit raya hasil daripada kutipan penduduk di lorong 12.

Para penduduk juga telah mengadakan gotong royong untuk menyiapkan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu. Majlis tersebut juga dikejutkan dengan kehadiran penyanyi popular Akim AF, penyanyi yang sangat merendah diri ini telah menyumbangkan dua buah lagu untuk santapan para tetamu.
Gambar-gambar suasana rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2012 Lorong Duabelas
Masterchef lorong 12 bergotong royong memasak juadah
Seorang lagi masterchef lorong 12 tengah menongkat dagu............
tengah pening nak masak apa lepas ni
 Masterchef yang dah tak larat............. masa anda hanya tinggal 10 minit

Doa selamat sebelum memulakan majlis
Doa selamat sebelum memulakan majlis
Kehadiran tetamu daripada Rumah Bakti Nur Syaheera memeriahkan majlis
Tetamu daripada Rumah Bakti Nur Syaheera
Antara tetamu yang hadir
Antara tetamu yang hadir
Brother chot tengah kusyuk.........
Brother fendi serius betul............ relak bro kita bukan nak pergi operasi
Bakal taukeh cendol
Dah jadi taukeh cendol janganlah pulak bisnes piza tu ditinggalkan
Menanti duit raya
Kehadiran Akim Af memeriahkan lagi suasana rumah terbuka kami.......... yang kat sebelah tu macam pernah jumpa dimana ye?????
Steadylah Akim.......... tengah makan pun ada bodyguard jaga, keliling pulak tu
Kaum ibu tidak melepaskan peluang bergambar dengan Akim Af....... tengok cara mamat nipun okey jugak kalau buat menantu, anyway thank u Akim, kehadiran anda telah memeriahkan lagi majlis kami dan terima kasih juga sebab menyumbangkan dua buah lagu tanpa bayaran....... jangan lupa balik Skudai JB.

No comments: