Perkahwinan
adalah suatu ibadah murni yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.
Hikmah sesebuah perkahwinan adalah sangat besar dan banyak manfaatnya. Selain
menunaikan perintah Allah s.w.t. dan mengikut sunah Rasulullah s.a.w., ia
adalah saluran yang sah dan suci untuk mengembangkan zuriat keturunan.
Melaluinya juga
setiap pasangan suami isteri akan dapat menyalurkan perasaan kasih sayang dan
memenuhi keinginan nafsu syahwat mengikut saluran yang sah dan halal di sisi
agama.Selain itu, perkahwinan juga adalah jalan penyelesaian bagi masalah dan
jenayah sosial dalam masyarakat seperti khalwat, zina, rogol dan sebagainya.
Hakikatnya
terdapat banyak dalil al-Quran yang menyentuh peri penting perkahwinan bagi
manusia. Salah satunya bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)
Dalam perkahwinan,
pertengkaran suami isteri perkara biasa. Malah, ada menganggap ia sebagai
rencah kehidupan bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula
suami isteri. Namun, setiap pasangan inginkan rumah tangga aman tanpa sebarang
masalah. Apakah penyebab timbulnya masalah dalam rumah tangga?
Berikut adalah
lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya.
1. Pendapatan -
Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar
biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul. Ini kerana suami
akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri
berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati
pasangannya.
Penyelesaian:
Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana
dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa
pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama
kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.
2. Anak -
Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan
antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu
menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu
mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.
Penyelesaian:
Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika
doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari?
Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda. Tuhan juga ingin
menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya
mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.
3. Campur tangan
keluarga Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam
keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Hal kecil yang
sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian
wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.
Penyelesaian:
Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama
ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus
dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.
4. Seks -
Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami
sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya
bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri
bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau
hamil.
Penyelesaian:
Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan,
sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan
menerima keadaan seadanya.
5. Keyakinan
Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai
keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan
timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.
Penyelesaian: Tetap
berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di
pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia
tiada paksaan.
6. Mentua -
Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak
yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.
Penyelesaian
Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan
tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak
suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.
7. Ragam berbeza
Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja
berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet
dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara
perbezaannya.
Penyelesaian:
Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah.
Cuba selami minat pasangan anda.
8. Komunikasi
terbatas Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu
untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur.
Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.
Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini
kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.
Penyelesaian:
Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama
keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya
bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.
Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja
seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan
karier harus seimbang.
Cara lain untuk
mendamaikan suami isteri ialah melalui kaedah pengubatan Islam.. Perkara
seperti salah faham, pertengkaran, tiada kerukunan dalam rumahtangga dan
sebagainya boleh diikhtiarkan dengan kelebihan ayat Al-Quran.
DOA YANG DIBACA
1. Al-fatihah
2. Asas 10
3. Al-A’raf :
Ayat 43
4. Al-Baqarah :
Ayat 74
5. Doa-doa
pilihan
KAEDAH
Dibacakan
kesemua doa di atas pada makanan seperti air, beras dan sebagainya. Hendaklah
dibuat minum pasangan berkenaan. Moga dengan usaha yang baik akan menghasilkan
hasil yang baik jua.
Mutiara Doa Pasangan
Suami Isteri
1. Doa ketika
hendak berjimak dengan isteri :
“Ya Allah, Ya
Tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada
apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak).”
2. Doa
mengekalkan kasih sayang suami isteri :
“Wahai orang
yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu
dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.” (Surah al-Imran ayat
200)
3. Doa menolak
gangguan syaitan :
“Aku berlindung
kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan
syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya.”
4. Doa
menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat :
“Ya Allah, aku
berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.”
5. Doa mendapat
hidayah berkekalan daripada Allah s.w.t :
“Ya Allah,
janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk,
berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak
memberi rezeki).”
No comments:
Post a Comment