Aktiviti eksplorasi
gas di wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui beberapa tengkorak
manusia bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab
selatan ini dikenali sebagai "Penempatan Kosong" (Empty Quarter atau
Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco
Exploration.
Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia
bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk
menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan
kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah
Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka daripada umat yang
lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang
kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT.
Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud
tersebut.
Demi keselamatan
tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini
dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi
Aramco.
Ada sesetengah
pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini
adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian daripada pihak yang ingin
menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub
kepada sejarah yang mengatakan manusia berhasil daripada evolusi monyet dan
beruk.
Penemuan Arkeologi
Pada awal tahun
1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia
yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui",
"Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang
Pasir."
Yang membuatkan
penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga
disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum
'Ad sebagaimana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau
beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan dapat ditemui lalu kini mereka
tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar
ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat
dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp
ialah seorang arkeologi amatur yang telah menemui kota legenda yang disebutkan
di dalam Al Quran. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari
berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama
penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis
oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia
Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang
ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah
ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya
sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah".
Semua nama tersebut
bermaksud "Tanah Arab yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup
di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling
beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang menguntungkan itu?.
Keberuntungan
mereka sebahagiannya berkaitan dengan kawasan mereka yang begitu strategik
untuk menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan
tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang
mendiami di daerah ini juga menghasilkan dan mengedarkan
"frankincense" sejenis getah wangi daripada sejenis pokok langka.
Kerana ia sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai
dupa dalam pelbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut
sekurang-kurangnya menyamai harga dengan emas.
Thomas memaparkan
tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan
menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh
salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan
sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut,
orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang
dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas
telah sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkajinya dengan lebih
mendalam lagi.
Clapp, setelah
mengkaji tulisan Thomas maka beliau berasa yakin akan kewujudan bandar yang
hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya.
Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemui
pusat-pusat yang menurut suku Badwi adalah benar-benar wujud. Ia meminta NASA
(Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit
di daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk
pihak berkuasa untuk memotretkan daerah tersebut.
Clapp seterusnya
mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di
California. Tujuannya adalah untuk menemui peta dari daerah tesebut. Setelah
membuat penelitian dan kajiannya maka beliau berjaya menemui lokasi bandar puba
tersebut. Beliau ditemuinya melalui sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus,
ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini telah menunjukkan
lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan untuk
menuju ke kota berkenaan.
Sementara itu,
beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto
tersebut, beberapa pusat kafilah dapat dilihat, suatu hal yang sulit untuk
dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar
angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang ada di
tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang dia cari selama ini:
pusat-pusat dalam peta tua itu bersesuaian dengan pusat-pusat dalam gambar yang
diambil dari satelit atas bantuan NASA. Maka matlamat terakhir daripada
kesimpulan yang diambil beliau adalah pergi dan menggali tapak lokasi tersebut.
Akhirnya, lokasi
bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai.
Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah
bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini
disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang
membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?.
Setelah
runtuhan-runtuhan mulai digali maka diketahuilah bahawa bandar yang hancur ini
adalah milik kaum 'Ad yang berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan mirip
seperti di dalam Al Quran kerana di antara pelbagai struktur yang digali
terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran. Dr.
Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana
menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram
disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat
setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang
disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak
memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk
Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun
(suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8).
No comments:
Post a Comment