Mustafa Kemal Ataturk |
Perintah
yang dikeluarkan oleh Mustafa Kemal Ataturk kepada rakyatnya:
1.
Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2.
Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan
topi (sesuai dengan kehendak barat).
3.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah
menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4.
Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."
5.
Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.
Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7.
Menukar Azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang
unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.
Mengambil Arkitek- Arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya
mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu
ucapan beliau di bandar Belikesir, di mana beliau dengan terang-terangannya
mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu
dihapuskan untuk kemajuan.
10.
Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11.
Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12.
Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13.
Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14.
Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.
Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17.
Menghapus penggunaan Kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf
Latin.
18.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah
seorang askarnya ditanya:"siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?".
Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab:''Kamal Atartuk adalah tuhan".
Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian
Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, Allah telah datangkan
beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat
menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
-
Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan.
- Sakit
jantung.
-
Penyakit darah tinggi.
- Panas
sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada
Bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk
meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha
Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak
tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu.
Oleh
kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah
itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau
pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan.
Pada 9
November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal
dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam,
sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan,
mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan
lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya
hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi
dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap
dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas
15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali
lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam
dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu
marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"
Dari
Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat. "Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri KITA) sebelum
muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah
swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment