Muhammad
Sebelum Kelahiran Manusia
Merujuk
kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w.
Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: “Wahai Tuhanku, aku
memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.
Allah
berfirman: “Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum
menciptanya?”
Adam
berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan
TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku,
aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad
Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu
kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.
Allah
berfirman: “Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk
yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah
mengampunkan engkau. Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak
mencipta kamu”.
Fakta
menarik:
o Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan
bertawassul dengan haq Muhammad.
o Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama
beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa
melainkan kerana Muhammad (s.a.w).
Kelahiran
Nabi
Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah
s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari
pandangan yang tidak diredhai Allah. Ruang angkasa menjadi terang benderang
kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan
kaum Parsi (yang tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda-beranda
Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh. Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah
api bintang yang panas membakar dari langit. Jin-jin berundur dengan hina dan
tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya
lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini
ditawarkan kepada wanita-wanita yang datang untuk mengambil upah menyusukannya.
Setelah
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kepada seluruh makhluk,
“Siapakah yang ingin mengasuh ‘mutiara’ yg sangat berharga ini, yang tiada
ternilai harganya?”, burung-burung menjawab, “Kamilah yg akan mengasuh dan
mengambil keuntungan dari cita-cita yang besar.” Binatang-binatang liar pula
berkata, “Kamilah yang lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan
dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah
kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dengan
kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan
diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yang amat
penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah untuk menerima kebahagiaan dan
keberuntungan itu.
(Halimah
binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah
adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya
bernama Aminah Binti Wahab).
Kanak-Kanak
Ketika
pandangan Saidatina Halimah tertumpu kepada Baginda s.a.w, maka segera diambil,
dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira
bersamanya. Tiba-tiba dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang
sampai ke langit. Dengan kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang
kekeluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat
keberkatannya sehingga kambing-kambing peliharaannya menjadi sihat, gemuk,
memancar deras susu-susu kambingnya hingga lebih mencukupi untuk keperluannya
sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda-tanda luar biasa dan
keberkatan bayi yg diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kepada bayi yang
bernama Muhammad ini. Baginda membesar dengan sihat sejahtera sebagai
kanak-kanak serta bergaul bersama-sama saudara sesusuannya yang lain dan
kanak-kanak lain.
Hati
& Ilmu Pengetahuannya
Suatu
hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tpt yg jauh dari
perkampungannya, tiba2 datang kpdnya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya
bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi
s.a.w. hanya berdiri dgn rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yg
luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini
dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dgn
berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak
cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dgn penuh teliti.
Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yg menjadi bahagian bisikan syaitan.
Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan.
Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal
dlm tubuhnya. Lalu Baginda pon bangun berdiri tegak dan perutnya kembali spt
sediakala. Lalu malaikat itu berkata kpdnya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha
Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau
akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu
hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. Semakin riang dan bercahaya. Wahai
Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’
telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dgn riang
gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhlukpun yg diciptakan oleh Allah
melainkan akan dtg mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan
sabdamu. Maka akan dtg kpdmu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman
tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih
menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lg juga akan
bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia
sentiasa rindu dan teringin utk menatap wajahmu. Dan Jibril (Gabriel) yg
menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh
penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan utk terbelah dua,
sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini
sentiasa rindu dgn kemumculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.
Maka
ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu
sdgkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah dtg mencari2nya
dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yg lari pulang). Ia berkata,
”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai
Muhammad! Bukanlah engkau yg jauh. Bahkan engkau hampir kpd Allah. Engkau
pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad
bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah
engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yg mempunyai kekuatan mukjizat.
Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah
saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata,
”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah
bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di
sisi Allah adalah sgt besar”. (mengatasi semua makhluk).
Ketika
dilihat anak yg diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke
rumah dgn rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kpd tukang tilik
(pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak
asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki
yg lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan
Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu
dlm jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang
Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dlm keadaan jaga. Saya tidak
ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata
situkang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2
keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan
kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril (Gabriel) akan turun kpdmu
di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu
berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan
yg engkau miliki sdgkan hanya utk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2
keutamaanmu, lidah org yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi
lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.
Selawat
Ke Atas Nabi s.a.w
Ibnu
Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu
`Aliyah:
“Salawat
Allah subhanahu wata`ala (s.w.t) ialah pujian-Nya di sisi para malaikat”.
“Salawat
malaikat ialah doa”.
“Salawat
orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad”.
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya
serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. (Al-Ahzab:
56)اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment