Hasil perpaduan dan kesepakatan penduduk Lorong Duabelas
buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah
diadakan pada hari Khamis 19 Rabiulawal 1434H bersamaan 31 Januari 2013M,
majlis yang telah diadakan pada jam 9.00 malam itu
menggunakan tema diperingkat kebangsaan iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan
Ummah’.
Sejak dari awal pagi lagi penduduk-penduduk di Lorong
Duabelas telah bergotong royong membuat persiapan dan memasak lauk pauk dan
lain-lain juadah bagi dihidangkan kepada tetamu yang akan hadir pada malam
tersebut. Majlis yang sangat bermakna itu terserlah kemeriahannya apabila
hampir kesemua penduduk Lorong Duabelas bersama keluarga mereka telah hadir
kecuali mereka yang bertugas dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu
jemputan yang diketuai oleh Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri SM Ayub Shafie,
Naib Pengerusi ASP Zainudin Yatiman, Setiausaha Encik Haslizam Ahmat, Pengerusi
Surau Nurul Ittifaq Taman Desa Baiduri, Insp. Selamat Ramlan, Setiausaha Surau
SM Abd. Majid Kasim, Pen. Setiausaha Surau Sjn. Zaini Ahmad serta barisan ahli
jawatankuasa persatuan serta jemaah daripada Surau Nurul Ittifaq.
Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan
Pengacara Majlis Encik Mohd. Jamil Mohd. Salleh yang juga Setiausaha BKPP
Lorong Duabelas dan diikuti ucapan ringkas Pengerusi BKPP Lorong Duabelas Encik
Meor Zamzuri Meor Ralip dan seterusnya ucapan oleh Pengerusi PPKPP Taman Desa
Baiduri Encik Ayub Shafiee.
Didalam ucapannya Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri Encik
Ayub Shafie merasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada barisan AJK BKPP
Lorong Duabelas dan penduduknya yang telah berusaha mengadakan Sambutan
Maulidur Rasul 1434H pada tahun ini dan beliau juga berharap usaha yang
dilakukan oleh penduduk Lorong Duabelas untuk mengeratkan tali perpaduan
dikalangan penduduknya akan menjadi contoh dan tauladan kepada
penduduk-penduduk di Taman Desa Baiduri, setelah selesai ucapan Pengerusi PPKPP
Taman Desa Baiduri, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah dan
diakhiri dengan selawat beramai-ramai keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad
S.A.W. yang telah dipimpin oleh Imam Surau Nurul Ittifaq Encik Md. Yassin Bin
Lagiman.
Kepada tetamu yang hadir kami di Lorong Duabelas mengucapkan
jutaan terima kasih kerana memberikan sokongan dan kepada semua penduduk di
Lorong Duabelas inilah yang dinamakan ‘Anjakan Paradigma’ dan Anjakan Paradigma
yang pertama ini nampaknya mendatangkan hasil yang amat membanggakan dan Admin
merasa sangat tersentuh pada majlis tersebut apabila melihatkan kesungguhan
penduduk di Lorong Duabelas ‘Bersama Mengeratkan Perpaduan’ dikalangan mereka
dan pepatah ada mengatakan “didalam setandan pisang sudah tentu ada sebiji dua
yang busuk”, ............ nasihat Admin, demi perpaduan demi mengeratkan
silatulrahim mari kita sama-sama berdoa semuga Allah S.W.T. membuka hati mereka
untuk menyertai kita semula............ buang yang keruh ambil yang
jernih....... jika kita ikhlas Allah S.W.T. akan memakbulkan apa yang kita
doakan........ Insyallah.
No comments:
Post a Comment