Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini. |
Mungkin kita
tertanya-tanya bagaimanakah teknologi pada zaman dahulu dilakukan dalam
pembuatan alatan perang seperti pedang. Apabila melihat musuh dengan berpakaian
besi, kita sudah tentu dapat mengagak ia seperti satu perkara yang agak sukar
untuk ditembusi. Namun jangan silap, pedang yang mereka hasilkan pada ketika
itu dipercayai diiktiraf antara pedang paling tajam di dunia. Bayangkan baju
besi yang dipakai musuh, dianggap terlalu mudah ditembusi.
Pedang “Damascus” yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi. |
Ketajamannya mampu
menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan
batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.
Kehebatan pedang
buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi
kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang ini
diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon
Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang
yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.
Kajian metalurgi
moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang
berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama
pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah
berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rupa-rupanya
didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang
mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah
apa saja.
Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi. |
Apa itu CNT?
CNT merupakan suatu
rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal
berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT
ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di
bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Rod “Damascus” berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat. |
Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan
paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian
elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah
mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih
ringan dari aluminium.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12. |
Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang
Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman.
Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang
digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT
ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Salahuddin Al-Ayyubi. |
Teknologi NANO ini
menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini
mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon,
unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi
kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Teknik pembuatan
pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di
Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan
pedang ini telah pupus.
Teks kajian barat tentang Pedang “Damascus” |
Apa yang tinggal
hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Muzium
di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban
Islam ini telah hilang di telan zaman.
No comments:
Post a Comment