1. Tidak ada
graviti di luar angkasa
Sebenarnya
terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di
luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi
tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya
mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh
luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang
alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi),
graviti hanya berkurang10%.
2. Petir tidak
menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh
menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat
tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas,
objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali
sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building
disambar petir lebih 25 kali setahun.
3. Meteor
menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah
meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang
memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas
sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas
ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit
biasanya sejuk ketika tiba di daratan – dan faktanya sering ditemui dilapisi
ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi
ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup
untuk membakar lapisan terluarnya.
4. Syiling yang
dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat
umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda
menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State
Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang
jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling
tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang
terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya – tentunya
mereka selamat dari kejadian tersebut.
5. Terdapat sisi
yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya,
setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah
faham ini muncul kerana ‘sisi tergelap’ bulan tidak pernah kelihatan dari bumi.
Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi
terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja
kearah bumi.
6. Makanan yang
jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak
masuk akal . Jika terdapat kuman di lantai dan makanan mendarat di atasnya,
maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak
semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan
tubuh yang kuat. ( Hal ini sebenarnya membenarkan apa yang terdapat dalam hadis
Nabi s.a.w: Dari Anas r.a bahawa ia berkata:
“Dahulu apabila
Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda:
“Apabila suapan( makanan) salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia
membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan!
Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab,
kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi
keberkatan”.
H/R Ahmad dan
Muslim
7. Badan manusia
berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah
hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 – 30
saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa
udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah).
Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa
kepada kematian kerana kehabisan nafas.
Wallahualam…
Sumber:
- http://www.lamankongsi.com/2012/02/7-mitos-sains-yang-tidak-tepat.html
- http://ridzuanishak.blogspot.com/p/cara-makan-dan-beberapa-jenis-makanan.html
No comments:
Post a Comment