Pernahkah
saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat
Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang
remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul
Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu
mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu,
Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.
Suatu
hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan
mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah
yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah
tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan
yang sedang mandi.
“A’uzubillah!
Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W!
Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan
orang yang berbuat dosa!
Ya
Allah…”
Rintihan
Tha’labah
Dia
merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia
melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada
sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah
menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada
masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari
namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina
Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia
bersembunyi di puncak bukit.
Umar
berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa?
Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada
Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata
Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh
sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke
rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang
lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.
Tetapi
Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”
“Wahai
Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,”
kata Tha’labah.
“Apa
yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya
Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
Cita-citanya
hanya Syurga
“Apa
cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita
aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu
Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu
mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”
Tidak
lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba
Rasulullah SAW.
Ketika
mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW
datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah
untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur
Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat
bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah
berjalan dengan tidak selesa?”
Rasulullah
menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir
menghantar Tha’labah ke kubur.”
Itulah kisah hidup
seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab
Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi
itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan
akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad
bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment