widgets

Pages

Monday, December 10, 2012

Hakim dah buat keputusan...... kes dah selesai.........keadilan apa lagi yang keluarga ini mahukan?.


Nasi sudah jadi bubur........... tapi bila dah jadi bubur........ kalau kita pandai mengolahnya, bubur tu akan menjadi lebih sedap, cuba makan dengan ikan bilis goreng dan telur asin dan letakkan sedikit kicap fuhhhhhhhhh......... memang sedap kadang-kadang.
sampaikan anak kita yang masih bawah umur keluar malam balik lewat pagipun kita tak sedar sebab terlampau sedap bubur tu, sampaikan anak kita memandu kereta tanpa lesenpun kita masih tak sedar lagi........ yang peliknya siapa yang ajar anak kita bawak keretapun kita masih tak sedar lagi, sudah tentu dia dah pernah bawak kereta banyak kali agaknya.

Orang akan kata.......... cakap bolehlah sebab tak kena kat batang hidung sendiri, masalahnya bukan boleh bercakap atau tidak........... masalahnya kes ini dah jadi isu politik....... syaitan-syaitan dalam politik dah gunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka, kenapa libatkan orang politik dalam hal seperti ini?, mereka bukannya ikhlas untuk menolong, yang penting bagi mereka PDRM mesti dimalu dan disalahkan.

Kepada mereka yang menghina polis dalam kes ini cuba fikir dengan menggunakan otak yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepada anda dengan secara sangat rasional, apakah tindakan anggota polis itu betul atau tidak......... yang peliknya peguam boleh bertanya........ takkan polis tak nampak siapa yang bawak kereta tu......... aduhhhhh rasa nak muntahpun ada dengan soalan seperti itu.

Kepada keluarga Allahyarham Aminurirasyid nasihat admin kepada anda........... bersabar dan berdoalah terhadap Allah S.W.T. semuga roh Allahyarham Aminulrasyid dicucuri rahmat keatasnya dan diletakkan bersama-sama dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya, tak usahlah bertelagah dan menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini kerana ingin menuntut keadilan.

Adakah dengan membenarkan anak kita yang masih bawah umur keluar malam balik lewat pagi itu satu keadilan baginya?,

Adakah dengan membenarkan anak kita yang masih bawah umur membawa kenderaan tanpa lesen itu satu keadilan baginya?.

Kepada penghuni Lorong Duabelas.......... anak yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada anda adalah satu amanah yang perlu anda pikul dibahu anda, berilah kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak anda.......... berilah keadilan kepadanya, tetapi bukan KEADILAN yang boleh memusnahkannya.

Kepada keluarga adik Aminulrasyid bertenanglah setenang-tenangnya, simpati kami kepada anda tidak berbelah bagi........... TETAPI JANGAN SAMPAI SIMPATI MENJADI BENCI.

Al-Fatihah kepada Allahyarham adik Aminulrasyid. 

1 comment:

Anonymous said...

Manusia melakukan kesalahan kerana adanya hasutan syaitan latnatullah....kalau dah dengar cakap syaitan, dia akan tersenyum megah kerana dia tidak akan di'bakar' keseorangan nanti.....