Nasi sudah jadi bubur........... tapi bila dah jadi
bubur........ kalau kita pandai mengolahnya, bubur tu akan menjadi lebih sedap,
cuba makan dengan ikan bilis goreng dan telur asin dan letakkan sedikit kicap fuhhhhhhhhh.........
memang sedap kadang-kadang.
sampaikan anak kita yang masih bawah umur keluar malam
balik lewat pagipun kita tak sedar sebab terlampau sedap bubur tu, sampaikan
anak kita memandu kereta tanpa lesenpun kita masih tak sedar lagi........ yang
peliknya siapa yang ajar anak kita bawak keretapun kita masih tak sedar lagi, sudah
tentu dia dah pernah bawak kereta banyak kali agaknya.
Orang akan kata.......... cakap bolehlah sebab tak
kena kat batang hidung sendiri, masalahnya bukan boleh bercakap atau tidak...........
masalahnya kes ini dah jadi isu politik....... syaitan-syaitan dalam politik
dah gunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka, kenapa libatkan orang
politik dalam hal seperti ini?, mereka bukannya ikhlas untuk menolong, yang
penting bagi mereka PDRM mesti dimalu dan disalahkan.
Kepada mereka yang menghina polis dalam kes ini cuba
fikir dengan menggunakan otak yang dianugerahkan Allah S.W.T. kepada anda
dengan secara sangat rasional, apakah tindakan anggota polis itu betul atau
tidak......... yang peliknya peguam boleh bertanya........ takkan polis tak
nampak siapa yang bawak kereta tu......... aduhhhhh rasa nak muntahpun ada dengan
soalan seperti itu.
Kepada keluarga Allahyarham Aminurirasyid nasihat
admin kepada anda........... bersabar dan berdoalah terhadap Allah S.W.T. semuga
roh Allahyarham Aminulrasyid dicucuri rahmat keatasnya dan diletakkan
bersama-sama dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala
dosa-dosanya, tak usahlah bertelagah dan menuding jari menyalahkan orang itu
dan orang ini kerana ingin menuntut keadilan.
Adakah dengan membenarkan anak kita yang masih bawah
umur keluar malam balik lewat pagi itu satu keadilan baginya?,
Adakah dengan membenarkan anak kita yang masih bawah
umur membawa kenderaan tanpa lesen itu satu keadilan baginya?.
Kepada penghuni Lorong Duabelas.......... anak yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada anda adalah satu amanah yang perlu anda
pikul dibahu anda, berilah kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak
anda.......... berilah keadilan kepadanya, tetapi bukan KEADILAN yang boleh
memusnahkannya.
Kepada
keluarga adik Aminulrasyid bertenanglah setenang-tenangnya, simpati
kami kepada anda tidak berbelah bagi........... TETAPI JANGAN SAMPAI SIMPATI
MENJADI BENCI.
Al-Fatihah kepada Allahyarham adik Aminulrasyid.
1 comment:
Manusia melakukan kesalahan kerana adanya hasutan syaitan latnatullah....kalau dah dengar cakap syaitan, dia akan tersenyum megah kerana dia tidak akan di'bakar' keseorangan nanti.....
Post a Comment