Datuk Hattan pengetua Akademi Fantasia 2014 |
Teka-teki selama beberapa minggu yang lepas
siapakah yang bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia 2014, akhirnya telah
terjawab apabila Datuk Hattan telah diumumkan untuk mengetuai Akademi Fantasia
2014 pada konsert malam konsert kelmarin.
Bagaimanapun, Datuk Hattan telah memberikan
beberapa syarat sebelum menerima tawaran tersebut dan antara syaratnya ialah
beliau tidak mahu lagu ciptaan seberang iaitu lagu Indonesia dinyanyikan oleh
pelajar-pelajar Akademi Fantasia kali ini.
“Kita banyak lagu-lagu tempatan yang masih boleh
dinyanyikan oleh mereka & kita harus bangga dengan ciptaan sendiri,
daripada kita bayar royalti kepada mereka lebih baik kita berikan sumbangan ini
kepada industri tempatan”
“Tetapi saya tak menolak sekiranya lagu-lagu yang
bersifat ketuhanan saya menerimanya. Lagipun saya melihat bakat yang ada untuk
musim kali ini sangat bagus seperti Nuha yang mempunyai latar belakang jurusan
muzik dan tidak salah untuk peserta kali ini diberi peluang untuk membuat lagu
atau menulis lirik sendiri jika mereka berjaya untuk ke pusingan akhir nanti,”
katanya tegas.
Hattan juga akan melakukan sedikit perubahan
kepada para pelajar AF musim ini dengan caranya yang tersendiri dan akan
sama-sama kita saksikan hingga ke hujung musim ini. Bagi peminat tegar AF di
luar sana jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda.
Sumber - ooomedianetwork
No comments:
Post a Comment