Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, biasa sangat
apabila dengar ceramah agama pak ustaz akan menasihati kita supaya sentiasa
bersyukur dengan setiap pemberian ALLAH samada yang senang atau susah. Tetapi,
menjadi lumrah manusia semasa senang kekadang terlupa pada ALLAH tetapi apabila
ditimpa kesusahan tidak lekang di bibir memohon pertolongan. Ramai ustaz yang
memberi peringatan tetapi sering kali kita terlupa. Mungkin kisah ini akan
membuka hati kita ..
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg
sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu
terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip
syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling
tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya.
Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling
itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak
lagi duit syilling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan
menyimpannya.
“Rezeki aku” Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki
itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari
aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya
mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil
lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih
belum jugak mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu
kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki
itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang
menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki
(syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan
menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak
ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita
lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa
ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila
jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula ‘batu’
yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan
hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak,
menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu
nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku
diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada
padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang
tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) – Surah Azzumar ayat 49.
Ramai kata kawan semasa senang ramai tetapi semasa
susah ramai yang melarikan diri. Fakta ini hanya benar sekiranya semasa senang
kita lupa pada kawan-kawan dan hanya berkawan dengan yang setaraf sahaja.
Daripada pengalaman aku kalau kita tidak lupa kepada ALLAH dan kawan semasa
senang pasti di masa susah berbagai bantuan akan tiba tanpa disangka-sangka.
Semuga kisah duit syilling jatuh dari langit
menjadi pengajaran kepada kita supaya jangan sesekali lupa pada kawan-kawan dan
paling penting sekali jangan lupa pada ALLAH apabila kita senang kerana hidup
ini bagai roda sekali di atas sekali di bawah sentiasa kena bersiap sedia dalam
apa juga keadaan.
No comments:
Post a Comment