widgets

Pages

Sunday, November 18, 2012

Program Ibadah Korban Sambutan Aidil Adha 1433H, PPKPP TDB, Cheras.


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha, Surau Nurul Ikttifaq, Komplek Perumahan Polis, Taman Desa Baiduri, Cheras telah mengadakan Program Ibadah Korban, program yang bermual pada jam 10.00 pagi telah diadakan pada 26 Okt. 2012.

Program yang diketuai oleh Pengerusi Komplek Perumahan Polis Taman Desa Baiduri, Encik Ayob Bin Shafie dan juga ahli-ahli jawatankuasa penduduk telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai penduduk-penduduk dikomplek perumahan tersebut dan sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada fakir-fakir miskin serta penduduk-penduduk yang hadir dimajlis tersebut.

Semuga ditahun-tahun akan datang program ini akan mendapat sambutan yang lebih meriah lagi dikalangan penduduk-penduduk.


Suasana Program Ibadah Korban Anjuran   
Surau Nurul Ikttifaq, Komplek Perumahan Polis, 
Taman Desa Baiduri, Cheras.
Sumber Berita : 
Meor Zamzuri Meor Ralip
Ketua Lorong Duabelas.

No comments: