Luis Suarez menerkam lagi.......... |
Suarez (kanan) memegang giginya selepas dia
didakwa menokak belakang bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini yang cuba
memberitahu pengadil yang dia telah digigit dari belakang oleh Suarez dalam
perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia di Brazil pada awal pagi Rabu, 25 Jun
2014.
Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) telah memulakan
prosiding tindakan disiplin ke atas penyerang Uruguay, Luis Suárez selepas dia
dirakamkan kelihatan seperti 'menokak' belakang bahu pemain pertahanan Itali,
Giorgio Chiellini dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia awal
pagi Rabu.
Pemain Itali Giorgio Chiellini (kiri) mengadu kepada pengadil |
“Fifa kini boleh mengesahkan yang prosiding
tindakan disiplin telah dibuka ke atas Luis Suárez dari pasukan kebangsaan
Uruguay,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu.
Bekas gigitan 'cinta' Luis Suarez untuk Giorgio Chiellini |
Suárez kini boleh berhadapan dengan hukuman
gantung sehingga 24 permainan jika didapati bersalah.
Insiden itu berlaku dalam perlawanan yang
menyaksikan Uruguay menang 1-0 ke atas Itali sekaligus melayakkan mereka
melangkah ke pusingan kalah mati manakala bekas juara dunia 2006, Itali
tersingkir dari saingan temasya bolasepak terbesar dunia ini.
Ketika permainan masih terikat 0-0, Suárez telah
dilihat menerkam dari belakang Chiellini dan kemudian menokak belakang bahu
pemain Itali itu. Suárez tidak dilayangkan sebarang kad kerana pengadil tidak
melihat ia berlaku tetapi aksinya itu telah dirakamkan oleh televisyen dan juga
jurufoto media yang memenuhi stadium tersebut dan kini imej drakulanya telah
tersebar ke seluruh dunia.
Naib Presiden Fifa yang juga pengerusi
jawatankuasa pengadil Piala Dunia, Jim Boyce, berkata; “Saya telah menyaksikan
insiden itu berulang kali dalam televisyen sejak pagi tadi. Tidak ragu-ragu lagi
Luis Suárez adalah seorang pemain bolasepak yang hebat tetapi sekali lagi,
aksinya di atas padang telah mendedahkannya kepada pelbagai bentuk kritikan
pedas.”
Rakaman aksi Suarez menggigit belakang bahu
Chiellini.
Katanya, oleh kerana insiden di atas padang itu
telah dilihat di seluruh dunia, Fifa mesti melakukan siasatan secara serius dan
membuka prosiding tindakan disiplin.
Suárez mempertahankan dirinya dalam satu temuramah
dengan stesen televisyen Uruguay.
“Situasi ini berlaku di atas padang. Dia
(Chiellini) terlebih dahulu menghentak saya dengan bahunya di dada saya dan
kemudian menghentak mata saya,” katanya.
Bagaimanapun Suarez mengakui yang dia dan
Chiellini kini berada dalam situasi yang rumit.
Suárez sebelum ini mempunyai sejarah terlibat
dalam dua insiden mengigit pemain lawan.
Dia telah digantung 10 perlawanan pada 2013
setelah didapati bersalah mengigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav
Ivanovic dan sebelum itu pada 2010 ketika bermain mewakili kelab Belanda, Ajax
Amsterdam dia telah digantung tujuh perlawanan kerana mengiggit pemain PSV
Eindhoven, Otman Bakkal.
Tetapi insiden ketiga ini yang dilabelkan oleh
media-media massa Britain sebagai JAWS III, berlaku di pentas terbesar
bolasepak dunia iaitu Piala Dunia dan disaksikan berulang kali oleh
berjuta-juta penonton.
Menurut Fifa, Suárez dan Persatuan Bolasepak
Uruguay mempunyai sehingga jam 5 petang Rabu waktu Brazil untuk menjawab semua
persoalan dan kesangsian yang ditimbulkan dari kes ini bersama bukti-bukti lain
jika ada.
Sumber -
mStar Online
No comments:
Post a Comment