Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka
di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan
dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang
berasal dari Kufah ( Iraq) Nama penuh
beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani
dan merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua.
Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman
dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau
kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan Masihi.
Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b.
Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan sifatnya ini
membolehkannya menumpukan perhatian terhadap kajiannya.
Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali
sebagai Gaber bin Hayyan. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber
(penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua
kepada bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki
berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan
sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas. Beliau juga telah mengembangkan
falsafah Greek tua yang bergantung kepada empat unsur kepada cuma dua unsur
iaitu gas dan cecair yang berasal dari sulfur dan raksa.
SUMBANGAN
TOKOH
Jabir telah
berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai.
Senarai pertama mengandungi sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua
pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah,
kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal
ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan,
kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam
bahasa latin. Pada tahun 1444, ' Robert Chester ' adalah orang Inggeris
pertama telah menerbit dan menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa
Inggeris, yang berjudul " The Book of The Composition of Alchemy ".
Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard Cremona '. '
Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya
berjudul " Book of Kingdom ", " Book of The Balances ",
" Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada tahun 1678, telah muncul
pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of
Prefection ". Richard Russel amat berbeza daripada penterjemah-penterjemah
yang lain kerana beliau adalah orang pertama yang telah menggelar dan memanggil
Jabir dengan gelaran " Al- Geber ". Bukan setakat itu sahaja, malah
beliau turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan ahli falsafah yang
terkenal. Oleh itu buku terjemahan beliau menjadi terkenal, laris, dan popular
di kalangan orang Eropah selama beberapa abad lamanya.
No comments:
Post a Comment