Zakia diculik penjenayah ketika bertugas di Pulau Mabul, Semporna |
Mereka merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru
memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu.
Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi Ahad.
Zakia bergambar bersama rakan setugas |
Abangnya Zakria, 31, berkata, beliau mendapat
berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi
tadi selepas bersahur.
"Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden
serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya
yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.
"Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna
untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya," katanya
kepada Bernama.
Zakria berkata, petang ini beliau dan ibu bapanya
serta beberapa orang saudara mara akan bertolak dari kampung mereka di
Tenghilan, kira-kira 45 kilometer dari Kota Kinabalu untuk ke Semporna bagi
mendapatkan perkembangan terkini mengenai adiknya di samping menemani isteri
dan anak Zakia yang berada di Semporna.
Zakia dipercayai diculik ketika sepasukan anggota
Polis Marin diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di
Pulau Mabul pada pukul 11.10 malam. Seorang lagi anggota Polis Marin, Koperal
Rajah Jamuan terbunuh.
Menceritakan mengenai adiknya, Zakria berkata
Zakia merupakan antara yang pertama memohon untuk berkhidmat di Zon Selamat
Timur Sabah (ESSZone).
Beliau berkata, selepas Kawasan Keselamatan Pantai
Timur Sabah (Esscom)ditubuhkan susulan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad
Datu, adiknya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan bertugas di
ESSZone.
"Masa itu permohonan dibuka kepada mana-mana anggota
keselamatan yang berminat untuk berkhidmat di bawah ESSCom. Adik saya melihat
ia juga sebagai peluang untuk pulang dan berkhidmat di negeri
kelahirannya," katanya.
Zakria berkata, adiknya ketika itu bertugas di
Pulau Pinang dan menambah adiknya memang bercita-cita menjadi anggota polis
sejak kecil dan menyertai Polis Marin sejak 2010.
Sementara itu di Tawau, mayat Rajah dijangka
dibedah siasat di Hospital Tawau pada pukul 4 petang ini sebelum dikebumikan di
Batu 3, Semporna pada Isnin.
Jenazahnya tiba di Hospital Tawau pada 12.25
tengah hari tadi dengan ditunggu anggota keluarganya.
Sumber - mStar Online
No comments:
Post a Comment