Jangan sampai dibakar dineraka nanti......... |
Assalamualaikum
kehadapan para pengunjung. Harap lihat gambar-gambar di bawah ini dengan
teliti, sekiranya terdapat di rumah anda serupa dengannya....... hendaklah anda
sedar bahawa ini termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat seperti ini
adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.
Dari Uqbah
Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan diri
kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan (imannya) dan barangsiapa yang
menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan
kepadanya." (Riwayat Ahmad)
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam
botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di
penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari
gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas
pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq
seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.
Wafak-wafak
seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan
digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar
kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin
& syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam
kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas,
kayu atau tembaga.
Huruf yang
kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi
isinya ternyata bukan.
Wafaq yang
dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang
menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.
Mantera
seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang
dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik
kepada Allah SWT.
Jika anda yang telah membaca artikal ini dan jika ada contoh-contoh Wafaq seperti gambar-gambar diatas tergantung atau dilekatkan dimana-mana didalam rumah anda atau di premis perniagaan anda, Admin nasihatkan tanggalkan dan buang atau bakar supaya tidak diambil oleh orang lain......... itupun terpulang kepada anda, sebagai orang Islam Admin hanya boleh menasihatkan sahaja.
No comments:
Post a Comment