Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq;
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Sultan Muhammad Al-Fateh |
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople
untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis
tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui
kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan
Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah
syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas
wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan
Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun
kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan
Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan
“sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432
) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah
hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya
kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda
juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan
memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan
seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25
kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886
bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat
Baginda diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali
dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu
peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan
menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang
cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa
Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran
dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya,
Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik
Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan
untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda
telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang
mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang
pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi
(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz
(pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah
sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W
dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa
membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat
batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani,
sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan
ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji
pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang
sesuai untuk digunakan.
Selat Bosphorus dari Satelit |
Benteng Rumali Hisari |
Peta di dalam benteng Rumali Hisari |
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki
bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut
Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada
bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?.
Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia
yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal
rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan
pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila
diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke
medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri
dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat
berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda
menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau
mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan.
Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya
rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak
yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi
dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn |
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada Al-Fateh |
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka
dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk
Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke
atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn.
Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang
terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya
membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana
bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda
mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya
serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa
kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding
dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan
sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan
tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda
kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera
Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat
tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa
yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera
Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke
dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur
syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam
menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan
kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota
Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol
(Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya.
Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud
syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang
menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul
pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila
duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak
baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu
sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun
satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan
Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,
Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan
Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan
oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.
INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya...
suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh
melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun,
sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya
jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat,
mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar
dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul.
Para
tentera
diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh
tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya
kepada
seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak,
mungkin
al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun
tenteranya
mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan
sahaja
kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak
seorang pun
dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh
dari khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud
sebenar.
Makam Sultan Muhammad Al-Fateh |
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan
tentera Islam di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh?.
No comments:
Post a Comment