Raja Faisal I |
Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang
bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah
seorang sahabat Nabi) berkata: "Wahai raja! ambillah jenazahku dan jenazah Jabir
al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan
kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang
dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air."
Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada
malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu
kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya
seperti urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir
dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti
itu: " Aku telah memberitahu raja
dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak
peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia mahu sedikit simpati untuk
memindahkan kubur-kubur kami. "
Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja
Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berusaha melaksanakan
tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara
ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua
orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa
rancangan ini akan dijalankan pada tarikh 10 Zulhijjah selepas solat Zohor dan
Asar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya)
akan dipindahkan ke tempat lain.
Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para
jemaah haji juga ikut berkumpul di bandar Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I
untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga boleh melihat
dengan mata kepala sendiri proses pemindahan sahabat nabi itu. Mereka ingin
agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai menjalankan ibadah
haji. Akhirnya Raja Faisal bersetuju untuk menangguhkannya dan mengundurkannya
hingga tarikh 20 Zulhijjah.
Selepas solat Zohor dan Asar, pada 20 Dzulhijjah
tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Masihi, ramai orang datang ke kota
Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin, juga orang bukan Islam. Mereka
berkumpul di bandar Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani
dibuka, mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh
Hudzaifa al-Yamani diangkat dengan menggunakan takal dengan sangat berhati-hati
agar tidak rosak dan kemudiannya jenazah yang kelihatan masih sangat segar itu
dibaringkan di sebuah tandu. Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri
dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu
bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah keranda yang
dibuat khusus untuk menempatkan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah
Al Ansari juga dipindahkan dengan segenap penghormatan.
Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang
sedang dilihat oleh ramai orang lelaki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan
kaya, Muslim dan juga bukan Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi
yang kurang dikenali kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak
tersentuh bakteria pengurai sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka menatap
kedepan menatap kenabian yang mana kedua-duanya membuat para penonton terkejut
dan tidak boleh menutup mulutnya.
Keadaan sepi. Mereka seolah tak percaya atas apa
yang mereka saksikan pada hari itu.
Selain tubuh keduanya yang kelihatan segar bugar.
Begitu juga keranda mereka yang juga kelihatan masih utuh dan baru. Pakaian
yang mereka kenakan pada saat dikebumikan semuanya berkeadaan baik dan jika
dilihat seperti kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya
terbaring saja.
Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan
dikebumikan semula di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi
lain yaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK lebih kurang 30 batu
jauhnya dari bandar Baghdad. Kejadian ini mengundang kekaguman para saintis,
kaum falsafah dan para doktor. Mereka yang biasanya yang sering berkicau
memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing kali ini tunduk dan
membisu dengan kejadian tersebut.
Salah seorang dari mereka ialah seorang ahli
fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat tertarik dengan fenomena ini. Dia
ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah
dikebumikan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, dia
berjumpa dengan Mufti Besar Iraq. Apabila dia sampai di tempat di mana
peristiwa itu berlaku, dia terus memegang kedua tangan Mufti dengan eratnya
sambil berkata: "Bukti apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu
benar. Aku sekarang akan masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam."
Di hadapan beribu - ribu
pengunjung yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan
keIslamannya. Begitu juga dengan orang lain yang beragama Kristian atau Yahudi
turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah
melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang
pertama dan terakhir. Masih ramai lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama
lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut
mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.
No comments:
Post a Comment