Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar |
PETALING JAYA: Enam suspek pengganas Sulu,
termasuk seorang wanita ditahan oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan
Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) semasa operasi khas di Kunak, Sabah
pada Rabu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata, polis turut merampas kad keahlian, surat perlantikan dan
dokumen-dokumen berkaitan dengan Kesultanan Sulu.
"Kesemua suspek ditahan kerana didakwa
terlibat terlibat dengan pengganas Sulu dan serangan yang berlaku di Lahad Datu
pada tahun lepas.
"Kita turut merampas beberapa senjata dari
tempat persembunyian mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, keenam-enam suspek itu ditahan di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sumber -
mStar Online
No comments:
Post a Comment