Pemuda yang dikatakan rakyat Malaysia |
PETALING JAYA: Satu rakaman video di Youtube
mendedahkan sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk
berperang menentang kerajaan negara itu.
Rakaman berdurasi satu setengah minit itu
dimuatnaik dengan tajuk dalam bahasa Sepanyol.
Rakaman itu dipercayai dibuat oleh seorang lelaki
rakyat Malaysia dengan loghat utara.
"Kereta-kereta kebal sedang bergerak menuju
ke destinasinya....lihatlah sahabat-sahabat kita (laungan takbir), sahabat-sahabat kita,
semuanya kita akan syahid.
"Sahabat-sahabat kita semuanya bersiap siaga
ke medan juang ..sahabat-sahabat kita tidak merasa takut dan merasa kental,
kami sedang bergerak (laungan takbir)," katanya yang merakam video itu.
Kemungkinan terdapat tiga lelaki warga Malaysia
bertutur dalam Bahasa melayu mengikut rakaman tersebut.
Video yang diambil dari syriantube.net, telah
dimuat naik pada 7 Jun lalu dan ditonton sebanyak lebih 5,000 kali.
Pada 18 Jun lalu, Wakil Tetap Syria ke PBB
mendakwa seramai 15 warga Malaysia terlibat dalam aktiviti-aktiviti jihad Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya
(ISIL).
Lihat video dibawah.........
Sumber - mStar Online
No comments:
Post a Comment