TERIMA KASIH POLIS |
Seorang wanita nyaris dilanggar oleh sebuah
keretapi yang sedang bergerak laju berjaya diselamatkan oleh seorang anggota
polis.
Ia merupakan saat saspens apabila seorang anggota
polis cuba menarik seorang wanita yang nyaris dilanggar oleh sebuah kereta api.
Kejadian umpama adegan filem Hollywood itu berlaku
apabila pegawai polis Richmond, R Morales berjaya membantu menyelamatkan seorang
wanita yang baring di atas landasan keretapi di Texas, dengan bunyi keretapi
yang sedang bergerak laju dapat didengari dari jauh.
Morales nekad menyelamatkan wanita itu yang
meraung dan menangis teresak-esak dan beberapa saat kemudian, keretapi meluncur laju di hadapan
mereka.
Insiden pada Ahad itu berjaya dirakamkan oleh
kamera yang diletakkan di atas papan pemuka kereta polis selepas beliau
mendapat panggilan berhubung tindakan wanita tersebut.
Lihat video dibawah........
Sumber - metro.co.uk
No comments:
Post a Comment