Belum pun selesai siasatan video Sukan Bogel Pulau
Pinang yang diadakan dua bulan lepas, satu lagi pesta sukan bogel yang bakal
diadakan di pulau yang sama hujung tahun ini didedahkan.
Program yang bakal diadakan itu kali ini dinamakan
Sukan Bogel Teluk Kampi dijadualkan pada 15 Disember tahun ini dengan tema
Tahun Melawat Pulau Pinang di atas poster promosinya.
Jika dilihat imej Pantai Teluk Kampi, ia
seakan-akan sama dengan pantai yang diadakan program sukan bogel yang
didedahkan berlaku dua bulan lepas itu.
Rupa-rupanya pantai rahsia ialah Teluk Kampi.
Penganjuran pesta berbogel kali ini difahamkan
sudah diketahui oleh beberapa orang pemimpin PAS Negeri Pulau Pinang.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang; Afnan
Hamimi Taib Azamudden dalam satu sidang media sebelum ini turut mendedahkan
bahawa akan diadakan lagi pesta bogel di pulau pelancongan itu hujung tahun
ini.
Dalam kenyataan beliau, Afnan Hamimi sudah pun
meminta agar kerajaan negeri bertindak agar penganjuran program tidak bermoral
seperti itu dilarang sama sekali.
“Pemuda PAS mendesak supaya pihak berkuasa
termasuk Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya
menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang turut
merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada Disember 2014 nanti,”
katanya.
Beberapa laman blog Melayu dan Islam sudah mula
mempersoalkan perkara ini apabila ia dilihat sudah pun siap dengan poster
promosi yang diedarkan untuk memaklumkan berkenaan program bogel itu.
Apa lagi jawapan yang akan diberikan oleh pimpinan
DAP dan Ketua Menterinya Lim Guan Eng apabila penganjuran baru ini pula
terdedah.
Takkanlah perbuatan mahu berbogel sebegini rupa,
tak diketahui langsung oleh para pemimpin DAP mahupun orang kuat parti itu,
mesti ia sudah diketahui.
Biarlah, apapun pihak Polis Pulau Pinang pastinya
akan mengambil kira maklumat terbaru bahawa ada lagi program bogel akan
diadakan di pulau berkenaan dua kali dalam tahun yang sama.
No comments:
Post a Comment