Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan NGO-NGO Islam lain mengumumkan pelancaran
kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ selama sebulan sebagai tanda solidariti umat
Islam di Malaysia terhadap krisis perang yang berlaku di Gaza.
Pelancaran itu akan diadakan Ahad ini, 10 Ogos di
Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Aman Palestin,
Ustaz Awang Sufian Awang Piut, ‘kemarahan’ yang digunakan adalah untuk
mengambarkan kebangkitan rakyat Malaysia terhadap sifat kebinatangan Israel
yang menyasarkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Apatah lagi peperangan tersebut adalah secara
berat sebelah menerusi bantuan terang terangan Amerika untuk menindas penduduk
Gaza.
Justeru, kempen ini kelak akan dilakukan secara
besar-besaran untuk menyampaikan rasa benci kepada kekejaman Israel dengan cara
kempen jalanan dan kempen media.
“Kempen jalanan akan digerakkan semua NGO yang
terlibat dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak Aman
palestin seperti flashmob produk boikot di outlet mereka , protes di kedutaan,
kumpulan nasyid, Protes di kawasan tol dan lain-lain.
“Manakala kempen media pula akan digerakkan
melalui laman sosial dan web seperti penulisan artikel, poster, karikatur,
logo, petition online 1 juta bersama Gaza dan lain-lain,”.
#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم
Mendermalah di sini;
http://on.fb.me/1zoCkpO
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم
Mendermalah di sini;
http://on.fb.me/1zoCkpO
Sumber -
Aman Palestine
No comments:
Post a Comment