Antara arti Hollywood yang secara terbuka menentang Israel |
KETIKA darah hangat sedang mengalir dalam konflik
di Gaza, beberapa selebriti luar negara turut menyuarakan pendapat mereka dalam
menyokong rakyat Palestin mempertahankan tanahair mereka.
Meskipun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak
termasuk peminat mereka sendiri, kebanyakannya berpegang teguh prinsip mereka
mengutuk serangan kejam rejim Zionis.
Pasangan suami isteri selebriti Penelope Cruz dan
Javier Bardem, menandatangani surat terbuka bersama beberapa selebriti dari
Sepanyol termasuk pengarah, penulis, dan pemuzik mengecam Operasi ‘Protective
Edge’ oleh Israel di Gaza sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Vokalis Pink Floyd, George Roger Waters, sangat
lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott,
Divestment and Sanctions - BDS).
Selain enggan membuat persembahan di Israel,
Waters juga menyeru pemuzik lain membatalkan konsert yang dirancang di sana,
Dalam konsertnya pada 2013, Waters memaparkan babi
dalam bentuk belon gergasi dengan terpampang logo Star of David dan
menyebabkannya dituduh sebagai anti-Semitisme.
Di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel
dan Hamas di Gaza, pelawak British, Russell Brand memuat naik video di YouTube
mengkritik laporan Fox News, Sean Hannity, ketika temu bual bersama lelaki
bangsa Palestin warga Amerika Yousef Munayyer.
Dalam video itu, Brand berkata, cara Hannity
bertanyakan soalan kepada Yousef sudah cukup agresif dan provokatif.
“Palestin sudah tidak ada lagi dan yang tinggal
hanyalah Gaza.
“Bagaimana pula sebuah negara yang tiada
kelengkapan peperangan diserang oleh negara yang lengkap bantuan senjata? Ini
tidak adil,” katanya dalam video itu.
Penyanyi Zayn
Malik dari kumpulan One Direction pula menggunakan hashtag #FreePalestine
di akaun Twitternya sebagai tanda sokongannya terhadap raykat Palestin yang
ditindas.
Malik bertindak menyimpan tweet tersebut dan
meraih retweet lebih 300,000 kali.
Tidak seperti penyanyi dan pelakon Rihanna, dia juga menggunakan hashtag
yang sama, namun segera dipadamkan kerana tidak tahan dengan kecaman dan
kritikan dari penyokong Zionis.
Pelakon Danny
Glover yang memegang watak Presiden Amerika Syarikat menerusi filem ‘2012’
turut menyokong gerakan BDS.
Pada 2009, dia yang juga merupakan aktivis politik
menandatangani pengisytiharan mengutuk Israel sebagai ‘rejim apartheid’ dan
menolak hasil kerja pembikin filem dari Tel Aviv yang dipaparkan dalam Toronto
Festival Filem Antarabangsa sebagai ‘propaganda Israel’.
"Kita berdiri dalam perpaduan bersama rakyat
Palestin dan menyokong panggilan mereka untuk boikot budaya dan akademik dari
Israel," tegas Glover kepada penandatangan yang lain.
Bintang filem Nanny
McPhee, Emma Thompson, turut
menyeru pelakon lain bagi memboikot persembahan Teater Habima Israel di Teater
Globe di London.
Dalam surat yang disiarkan The Guardian, Thompson
bersama penandatangan yang lain mengutuk Habima kerana rekod Israel yang
memalukan atas penglibatan penempatan haram di wilayah yang diduduki Palestin.
Selebriti Hollywood berbangsa Yahudi, Dustin Hoffman pula membatalkan
kunjungannya ke Festival Filem Jerusalem berikutan serbuan IDF terhadap flotila
ketika berlayar cuba masuk ke Gaza pada 2010.
Hoffman turut menghadiri Majlis Hal Ehwal Muslim
(MPAC) Anugerah Media Tahunan ke-22 bagi menyampaikan anugerah kepada filem
anti-Israel.
Penyanyi lagenda Stevie Wonder turut menunjukkan sokongan apabila menarik diri
daripada membuat persembahan di sebuah majlis Sahabat Israel Defense Forces
(FIDF) di Los Angeles pada 2012.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menasihati
saya supaya menarik diri dari majlis tersebut,” katanya.
Sebelum Wonder membatalkan persembahannya,
terdapat beberapa aktivis BDS memasukkan petisyen di laman change.org bagi
mendesak penyanyi itu untuk menarik diri daripada membuat persembahan di FIDF.
Petisyen yang dimasukkan itu mendapat sambutan
lebih 4,600 tandatangan.
Sumber -
Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment