Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi |
Al-Qardawi : Kalau diberi kekuatan,
aku akan pergi jihad Palestin
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menafikan
tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut tidak
wajib jihad di Palestin atau sudah tutup pintu jihad pada zaman ini sambil
menyifatkan tuduhan tersebut adalah satu perkara yang tidak berasas.
“Sesiapa yang mengenali sejarah hidup
aku, yang membaca risalah dan tulisan aku, mendengar ceramah dan khutbah aku,
mengambil tahu berita dan menziarahi aku, akan sedar betapa tidak benarnya
kenyataan ini disandarkan kepada diriku”
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan
Ulama Sedunia turut menambah bahawa beliau telah menulis buku yang sangat
banyak bahkan kitab berjilid (fiqh jihad) yang menyebut secara jelas dalam
tulisan itu akan kewajipan untuk membebaskan Palestin samada dengan jiwa atau
harta.
Beberapa hari yang lalu, timbul khabar
angin di beberapa laman sesawang pro militan Iraq-Syria ISIL kononya Dr Yusuf
al-Qardawi telah mengeluarkan kenyataan tidak wajib pada waktu ini jihad di
Palestin tetapi jihad yang wajib adalah terhadap Basyar Asad di Syria.
“Bahkan Persatuan Ulama Islam Sedunia
juga sejak awal lagi telah memberikan pendirian yang sangat tegas berkenaan isu
Gaza dan menyeru untuk diadakan hari-hari khusus untuk Palestin, aku sebut
secara jelas bahawa umat Islam wajib bantu Palestin berdasarkan kemampuan
masing-masing” jawabnya dalam laman sesawang Persatuan Ulama Islam Sedunia.
Tegasnya lagi beliau pernah menyebut
dalam satu rancangan televisyen bahawa haram (berdosa) ke atas umat Islam
samada di timur atau di barat yang tidak berbuat apa-apa apabila melihat
kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Palestin.
“Seluruh kehidupan aku telah aku
penuhi dengan mengajak ke arah jihad Palestin, menentang sifat kebinatangan
Israel sejak tahun 1948 hinggalah ke hari ini”
“Bahkan jika aku diberi kekuatan pada
hari ini, aku akan pergi ke Palestin untuk berjihad disana kerana sesungguhnya
isu Palestin adalah isu umat Islam paling utama yang tidak patut kita lupakan”
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi hingga ke
hari ini telah disenarai hitam pasportnya dari memasuki beberapa Negara akibat
ketegasan serta kelantangan beliau terhadap beberapa isu umat Islam khususnya
isu rabi’ arabi (kebangkitan arab) dan isu Palestin.
Sumber :
No comments:
Post a Comment