Eina Azman |
PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman mengakui
kontroversi yang pernah tercetus antaranya dengan aktor Afiq Muiz pada tahun
lalu membuatkan dia kurang diminati di kalangan segelintir masyarakat.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19,
berkata, selepas kejadian itu, dia mula memperbaiki diri dan menjadikan perkara
itu sebagai satu pengajaran besar untuk bersikap lebih matang.
"Orang kata pengalaman itu satu pengajaran.
Itu yang saya rasa sekarang ini. Apa yang dah berlaku sebelum ini saya jadikan
sebagai pembelajaran hidup untuk menjadi seorang yang lebih berfikiran matang.
"Dan rasanya saya sudah membaiki sikap
keanak-anakan itu. Alhamdulillah, orang mula menerima saya sedikit demi
sedikit," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, kontroversi antara Eina dan Afiq
tercetus apabila aktres itu dikatakan menjadi punca Afiq menderhaka kepada
ibunya sehingga tidak pulang ke rumah.
Eina gembira drama Selamat Pengantin Baru mendapat
perhatian ramai.
Dalam pada itu menurut Eina, dia mula merasakan
mempunyai tambahan peminat sejak membintangi drama bersiri Selamat Pengantin
Madu yang kini masih bersiaran di TV3 setiap Khamis, pukul 9 malam.
Katanya, ini menunjukkan masyarakat masih lagi
memberi peluang untuknya menonjolkan bakat yang ada.
"Mula-mula ketika menerima watak antagonis,
risau juga kerana sudahlah orang tak berapa nak suka saya, berlakon watak jahat
juga pasti akan ada kesannya.
"Memang benar, orang menyampah melihat saya
dalam drama itu tetapi mereka sukakan lakonan saya. Peminat saya makin
bertambah hanya kerana drama ini sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu Eina berkata, dia juga sering
mendapatkan tunjuk ajar daripada aktres Fasha Sandha yang turut membintangi
Selamat Pengantin Madu selain menjaga disipllin di lokasi penggambaran.
"Saya percaya, menjaga disiplin kerja akan
membuatkan mana-mana pihak pun senang dengan kita. Saya harap akan mengekalkan
prestasi kerja sebaik mungkin," tuturnya.
Sumber -
mStar Online
No comments:
Post a Comment