Aksi akrobatik yang menjadi kegemaran pemain bolasepak setelah menjaringkan gol (gambar hiasan) |
SEORANG pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram,
India maut apabila gagal melakukan gaya balik kuang (somersault) dengan
sempurna ketika ingin meraikan gol bersama rakan sepasukan.
Peter Biaksangzuala, 23, disahkan meninggal dunia
di hospital pada Ahad selepas dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkuk
apabila gagal merebahkan badan dengan baik semasa melakukan aksi balik kuang.
Biaksangzuala melakukan aksi balik kuang selepas
berjaya menghasilkan jaringan untuk kelabnya, Bethlehem Vengthlang FC pada
minit ke-62 ketika menentang Chanmari West FC.
Aksi akrobatik itu sering dilakukan oleh ramai
pemain bola sepak khususnya penjaring gol Jerman pada Piala Dunia lalu,
Miroslav Klose.
Pemain tengah itu dilaporkan dirawat di hospital
selama lima hari sebelum doktor bertindak menghentikan alat penafasan selepas
tiada reaksi positif.
Difahamkan Biaksangzuala telah menderma matanya
kepada hospital berkenaan.
Saksikan video aksi pemain malang ini ...........
No comments:
Post a Comment