Setiap wanita ingin memiliki tubuh badan yang
langsing. Namun begitu melalui proses kelahiran menyukarkan sesetengah wanita
untuk mengekalkan kelangsingan tubuh mereka. Seperti yang dialami wanita ini
yang menjadi sedikit gemuk selepas melahirkan anak. Wanita ini sudah lama
diabaikan oleh suaminya dan juga diejek sebagai setan oleh anaknya sendiri.
Oleh yang demikian wanita berumur 40 tahun ini bermotivasi untuk kembali
langsing.
Puan Zhao kembali mendapatkan rasa percaya diri
setelah dirinya langsing. Sama seperti wanita pada umumnya, Zhao mengalami
perubahan bentuk badan selepas melahirkan. Kesibukan mengurus anak membuatnya
tidak memperhatikan tubuhnya sendiri, sehingga makin lama, dia semakin gemuk
dan saiz bajunya semakin sempit.
"Setelah mandi dan memakai baju, saya merasa
tubuh ini seperti sedang membungkus ladu," ujar Zhao yang sering tidak
selesa kerana baju-baju yang ketat apabila dipakai.
Keadaan kulit Zhao juga mengalami penurunan akibat
kegemukan. Muncul tompok coklat dan pigmentasi. Akibat keadaan fizikal yang
buruk tersebut, suaminya mengabaikannya dan tidak mengajak berbual lebih dari
10 kata setiap hari. Walaupun keadaan ini sering mencetuskan pertengkaran
antara Zhao dan suaminya. Yang lebih menyedihkan, anaknya memanggilnya dengan
sebutan setan kerana berpenampilan buruk dan tidak cantik sama sekali.
Dua keadaan menyedihkan itu membuat Zhao
bermotivasi untuk mengubah bentuk tubuhnya. Dia terus mengubah gaya hidup dan
cuba pelbagai cara semula jadi untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. Zhao
mengambil makanan sihat dan tidur teratur setiap hari, tidak ada kata begadang
atau bangun kesiangan.
Dengan perubahan gaya hidup, Zhao kembali
mendapatkan tubuh langsing dan keadaan kulit yang lebih muda. Dalam foto-foto
terbarunya, Zhao kelihatan lebih muda 10 tahun. Suaminya kembali memuji dirinya
cantik setiap masa. Bahkan, suaminya tidak ingin ada lelaki lain yang menggoda
isterinya, sehingga dia selalu membawa Zhao ketika bekerja.
Anak Zhao juga tidak lagi memanggilnya dengan
sebutan setan. Berkat tubuh langsing dan penampilan lebih muda, anak Zhao lebih
suka memanggil dirinya kakak, bukan ibu.
No comments:
Post a Comment