Farid Kamil |
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil memberitahu dia
kini mengurangkan tawaran berlakon
melibatkan aksi ngeri yang dilakukannya sendiri selepas beberapa kali mengalami
kecederaan sehingga patah tulang rusuk.
Farid berkata, dia akan lebih memilih untuk
melakonkan watak-watak aksi tersebut secara sendiri bagi mengelakkan kecederaan
berulang.
"Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak
ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk
berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.
"Namun saya tidak letak limitasi pada watak
aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh
mengakibatkan kecederaan," ujarnya kepada mStar Online.
Farid berkata demikian ketika ditemui selepas
tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes, dekat sini, Isnin.
Tambahnya, ketika penggambaran filem tersebut pada
tahun 2012, dia mengalami patah tulang rusuk kiri sehingga mengakibatkan sukar
untuk bernafas.
"Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu
penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan
menjadikan saya tidak fokus.
"Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk
tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan
Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya
lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.
"Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan
dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah," ujarnya.
Dalam pada itu, Farid akui hampir 90 peratus aksi
ngeri dalam filem tersebut dilakukannya sendiri.
Ia disebabkan kerana dia kurang berpuas hati
dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang dibayar melakonkan aksi
berkenaan.
"Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri
dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan
pelakon stunt dari Thailand.
"Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari
yang saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan," ujarnya.
Farid memegang watak sebagai Darin yang ingin
keluar daripada kumpulan pengganans yang banyak melakukan kekejaman di kampung
mereka, namun terpaksa melalui pelbagai rintangan.
Antara pelakon yang turut terlibat ialah Bront
Palarae, Nora Danish, Azhar Rani dan Qi Razali.
Sumber -
mStar Online
No comments:
Post a Comment