Seorang wanita
muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak
yang bagus. Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari
tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa
itu.
Maklum hari sudah
lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah
dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki
(kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula
rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi
dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi
lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki
itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya,
saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh
seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10
minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki
kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa
tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis
dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan
Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia
melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi
rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum
hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun bertanya
perogol itu
"Why dont you do
anything to me on that night even though you know that I'm alone?",
Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on
your right side and the other one was by your left side. If you were alone of
course you will be my victim"
Saudari ni rasa
amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah
kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca
malam itu.
Moral dari kisah benar ini :
Jika kita sebagai
hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia
pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi
pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang
ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua
orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah
untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi
sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab? selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini
dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat
kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level? iman?
kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya. Semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat. Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah S.W.T. dari kejahatan syaitan yang di rejam. Amin.
No comments:
Post a Comment