Jika
Benar Bumi Akan Hancur 19 Tahun Lagi Sudahkah Anda Bersedia?.
Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada
bom atom Nagasaki.
MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid
dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau
mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.
Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah
oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu
lalu.
“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian
kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,”
kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada
kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.
Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan
Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke
dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi
Antarabangsa.
Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan
menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar
daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar
daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat
(NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat
kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don
Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan
hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.
“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam
Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak
jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih
membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar
dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar.
Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah
antara 200 hingga 800 meter.
“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,”
katanya.
Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia
Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan
memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.
NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa
lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan
Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013
Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini.
No comments:
Post a Comment