widgets

Pages

Monday, April 27, 2015

Gempa Bumi Nepal: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Hilang


KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia dikhuatiri hilang selepas kejadian gempa bumi yang melanda Nepal apabila keluarganya gagal menghubungi sejak bencana itu, Sabtu lalu.

Sarah Brandt-Anthony, 43 berkata, kali terakhir dia mendapat berita daripada adiknya, Raj Anthony, 37 adalah menerusi Facebook pada 19 April lalu.

"Dia bersama sekumpulan rakan melancong ke India, Nepal dan beberapa destinasi lain, semuanya dirancang untuk tempoh enam bulan dan paparan terakhirnya menerusi Facebook memaklumkan mereka mungkin ke kawasan Himalaya antara 21 hingga 28 April," katanya yang lebih dikenali sebagai DJ Headmasta kepada The Star dari Kanada.

Tambah Sarah lagi, dia cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Nepal untuk mendapat maklumat mengenai Raj di Nepal, bagaimanapun masih belum berjaya bercakap dengan wakil negara di sana.

Beliau berkata, adalah mengecewakan kerana mereka sekeluarga hanya mempunyai maklumat terhad mengenai percutian Raj di Nepal.

"Mungkin dia terkandas dan perlukan bantuan," katanya yang dapat menghubungi beberapa rakan adiknya yang melancong bersamanya.

Bagaimanapun, katanya, Raj dikatakan memutuskan untuk ke Nepal sendirian dan berpisah daripada kumpulannya pada 13 April lalu.

Sehubungan itu, Sarah meminta kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai adiknya supaya menghubunginya menerusi emel, hitta.raj@gmail.com.

No comments: