Kapten Niloofar harap kisahnya jadi inspirasi wanita lain |
Afghanistan: Pernah diugut bunuh bukan saja oleh
puak Taliban, malah keluarganya, tetapi Kapten Niloofar Rahmani, 23, tetap
meneruskan cita-citanya sehingga menjadi juruterbang pesawat wanita pertama
tentera udara Afghanistan.
Ketika bertugas, si cantik ini juga pernah
melanggar arahan pihak atasan demi kemanusiaan apabila menerbangkan askar yang
cedera ke hospital kerana secara tradisinya wanita dilarang membawa mayat atau
askar cedera.
Bagaimanapun, Niloofar tidak dihukum selepas
memaklumkan tindakannya itu kepada pihak atasan.
Menurut Niloofar, dia tidak mahu melihat dirinya
sebagai seorang wanita semata-mata.
“Saya perlu ada keyakinan diri. Amat sukar untuk
saya menghabiskan sekolah penerbangan di Afghanistan kerana bukan mudah untuk
mereka menerima kehadiran wanita.
“Bagaimanapun, saya perlu mengambil risiko supaya
wanita lain dapat mengejar cita-cita mereka," katanya ketika ditemubual
stesen televisyen WTKR, baru-baru ini.
Niloofar berkata, dia memasang impian untuk
menjadi juruterbang sejak kecil dan sanggup belajar bahasa Inggeris selama
setahun.
Katanya, Dia mendaftarkan diri dalam program
latihan pegawai angkatan udara Afghan pada 2010 dan tamat latihan pada 2012
dengan pangkat Leftenan, “Penerbangan solo pertama saya adalah menerbangkan
sebuah Cessna 182.
“Selepas itu saya menghadiri kelas penerbangan
lanjutan kerana mahu menerbangkan pesawat lebih besar dan tidak lama selepas
itu berjaya menerbangkan sebuah pesawat kargo askar C-208,” katanya.
Niloofar berharap kisahnya menjadi inspirasi
kepada wanita lain dan walaupun berdepan ancaman Taliban dia nekad terus
berkhidmat dalam Angkatan Udara Afghanistan selagi diperlukan.
No comments:
Post a Comment