Perdana Menteri Australia, Tony Abbott |
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott
pada Rabu berkata, beliau mengarahkan duta negara itu ke Indonesia pulang ke
tanah air sebagai tanda bantahan terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas dua
rakyatnya yang disabitkan bersalah menyeludup dadah.
"Kita menghormati kedaulatan Indonesia tetapi
kita kesal terhadap apa yang telah berlaku," kata Abbott kepada pemberita
di Canberra.
"Saya mahu menegaskan bahawa adalah amat
penting bagi hubungan antara Australia dan Indonesia tetapi apa yang telah
berlaku beberapa jam lalu telah menjejaskannya," kata Abbott.
Dilaporkan, dua warga Australia, Myuran Sukumaran
dan Andrew Chan dikenakan hukuman tembak bersama-sama dengan enam yang lain
daripada beberapa negara pada awal pagi Rabu.
Menteri Luar, Julie Bishop berkata, Duta Australia
ke Indonesia, Paul Gibson akan kembali ke Australia menjelang akhir minggu ini.
Mahkamah Indonesia sebelum ini menolak rayuan
terhadap dua pesalah dadah Australia yang dijatuhkan hukuman mati. - REUTERS
No comments:
Post a Comment