CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) telah meminta YouTube and Facebook untuk mengeluarkan video
menghina azan yang dimuatnaik penulis blog kontroversi, Alvin Tan.
Pemantauan pihak SKMM mendapati video berkenaan
telah dimuat naik beberapa kali di YouTube.
Susulan itu, pihak YouTube telah menyekat video
yang dimuatnaik Tan pada 21 April lalu kepada penonton di Malaysia pada Selasa,
manakala di pihak Facebook pula, SKMM masih berurusan untuk mengeluarkannya.
"Ketika ini SKMM sedang memantau penyebaran
video tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video
berkenaan dalam media sosial, atau dalam aplikasi pesanan kerana ia melanggar
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata suruhanjaya itu.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya
tidak mudah terkesan dengan kelakuan tidak bermoral dan boleh menganggu gugat
keamanan dan keharmonian negara.
Lelaki berusia 27 tahun ini melarikan diri ke luar
negara tahun lalu dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) bagi
mengelak daripada ditahan polis kerana membuat penghinaan terhadap Islam dan
Raja-Raja Melayu.
Pasport Tan turut dibatalkan oleh Jabatan
Imigresen pada Disember tahun lalu.
Tan, memuat naik video berdurasi 50 minit pada
Selasa di akaun Facebooknya, memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju
'menyanyikan' Azan sambil bermain keyboard.
Video berkenaan dikongsi lebih 7,000 kali,
mendapat 1,500 tanda 'like' dan 300,000 tontonan.
No comments:
Post a Comment