Kulaijaya: Polis Johor menembak mati
dua penjenayah dipercayai warga asing dalam kejadian di sebuah ladang di Bandar
Putra, Kulaijaya, 3.45 pagi, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli berkata,
kejadian itu selepas pihaknya menemui sebuah kenderaan dalam keadaan
mencurigakan.
"Suspek yang menaiki kenderaan
disyaki cuba lari daripada polis tetapi dapat dihalang. Seorang suspek kemudian
mengeluarkan senapang patah ke arah kenderaan polis.
"Berikutan itu, polis membalas
tembakan dan mengenai dua lelaki dan mati di tempat kejadian,” katanya pada
sidang media.
Menurutnya, pemeriksaan awal penjenayah
terbabit menaiki kenderaan curi yang dikaporkan hilang pada Disember lalu.
"Suspek dipercayai warga asing itu
terbabit dalam 17 kes samun sekitar daerah ini.
"Polis merampas senapang patah
serta satu kelongsong peluru yang belum digunakan," katanya.
No comments:
Post a Comment