KUMPULAN Militan Negara Islam (IS) memuat naik
gambar bayi bersama sepucuk pistol dan sebutir bom tangan di laman sosial
Twitter.
Portal Daily Mail melaporkan imej yang masih belum
disahkan itu dimuat naik semula oleh seorang aktivis anti kumpulan militan
Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria menerusi akaun Twitter dengan
mesej: "Apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini?"
Bayi itu dipercayai merupakan tindakan terbaharu
yang menunjukkan kanak-kanak dipaksa dipaksa bergambar di sebelah senjata milik
ibu bapa mereka yang merupakan anggota militan.
Gambar itu pada asalnya dimuat naik di akaun
Twitter milik seorang peraih simpati ISIS.
Imej berkenaan dikeluarkan beberapa hari selepas
seorang lagi aktivis pertubuhan RIBSS memuat naik sekeping gambar yang
menunjukkan seorang bayi tidur di sebelah sebutir bom tangan, sepucuk pistol
dan sekeping dokumen yang dipercayai merupakan sijil kelahirannya.
Kenyataan bersama gambar itu bayi yang baharu
lahir bernama 'Jrah' manakala nama ibu bapanya, masing-masing 'Om' dan 'Abu'.
Ia mendakwa sijil kelahiran yang diletakkan di
sebelah bayi itu merupakan 'dokumen yang dikeluarkan ISSIS sebagai dokumen
pengenalan untuk kanak-kanak'.
No comments:
Post a Comment