Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini |
Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh
biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff
Omar Ali.
Penutupan akaun itu dilakukan selepas pengebumian
Allahyarham pada Sabtu lalu.
Aliff bertindak
sedemikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun
berkenaan dikenang semula.
Alif (Tengah) bersama bapanya Ali Bakar (Kiri) semasa di tanah perkuburan |
Terdahhulu Allahyarham pernah menjadikan akaun
Facebook miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.
Menerusi laman sosial itu juga Sharifah Aini turut
menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat
menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar
Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai
penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.
Kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan
besar terhadap dunia hiburan tanah air sehingga ia menarik perhatian Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengucapkan takziah.
Dalam pada itu turut difahamkan tiada majlis
tahlil terhadap Allahyarham kerana majlis seupama itu hanya dianggap sebagai
satu amalan.
No comments:
Post a Comment