Gambar hiasan |
KANGAR: Umat Islam yang menziarahi tanah
perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan
kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar
berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya
pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, Isnin.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar
banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi
ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita
Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan
cabaran dan godaan.
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan
pakai yang menghairahkan," katanya.
Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi
nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan
mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.
Program agama itu yang dihadiri lebih 300
kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada
Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.
Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs
Perlis, Md Jamel Khir Ismail.
Sumber - mStar Online
No comments:
Post a Comment