Ibu Koperal Ab Rajah Jamuan, Kamsiah Indanan (tiga, kiri) ditenangkan oleh ahli keluarga ketika menunggu di Hospital Tawau di sini, Ahad. |
KUALA LUMPUR: Insiden serangan hendap di Pulau
Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi,
dipercayai bermotifkan dendam dan marah kerana peningkatan kawalan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di perairan Sabah.
Kpl Rajah terbunuh didalam kejadian tembak-menembak dengan penceroboh di sebuah resort di Pulau Mabul |
Isteri Koperal Ab Rajah Jamuan, Salamah Amad, 26, memegang anak tunggalnya, Khairil Zafran, setahun, ketika ditemubual media di rumahnya di Batu 2, Semporna. |
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, berkata pihaknya percaya penceroboh bertindak demikian kerana tidak
berpuas hati dengan kejayaan anggota keselamatan dan pertahanan negara
menembusi kubu mereka.
"Penceroboh balas dendam sebab Komando
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya
tembusi kubu mereka termasuk menyelamatkan tebusan warga China baru-baru
ini," katanya kepada BERNAMA, Ahad.
Beliau mengulas mengenai insiden yang menyebabkan
anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan
Konstabel Zakiah Aleip, 26 hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah
pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
Pengarah Operasi Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun,
dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat membuat serangan
hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.
Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan
itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.
Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar
warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada
6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis pada 10 Julai.
Ditanya mengenai status anggota yang masih hilang
itu, Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan enggan mengulas lanjut.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama
rapat dengan Filipina terutamanya dari segi bertukar maklumat risikan dalam
menjaga keselamatan dan ketenteraman di sempadan kedua-dua negara.
Sumber - mStar Online
Admin mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Kpl AB Rajah Jamuan, semuga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan dikalangan mereka yang syahid diakhirat kelak dan diharapkan pihak polis dapat mengesan seterusnya berjaya menyelamatkan seorang lagi anggota iaitu Konstabel Zakiah Aleip. Insyallah.
No comments:
Post a Comment