Willebrord
Snel Van Royen (1591-1626) dikatakan mencedok fakta asal milik Ibnu Haytam
|
Ketika matahari hampir terbenam dibahagian barat
dan kemudian terbit di timur, kita akan menyaksikan cahaya kuning
kemerah-merahan yang sangat indah di garis horizon atau kaki langit. Sedarkah
kita kenapa Allah SWT menciptakan ia sedemikian rupa?
Setelah diteliti dalam tafsir Al-Qur'an, Imam Ibnu
Kathir menyimpulkan bahawa cahaya mega atau dalam sebutan bahasa arab, Syafaq,
bermaksud kemerah-merahan digaris ufuk. Cahaya itu muncul sama ada sebelum
matahari tenggelam atau ketika matahari hendak terbit.
Berpandukan
Al-Qur'an, Ibnu Haytam, saintis Islam paling popular dari Sepanyol
telah melakukan kajian berhubung fenomena mega ini.
Indahnya ciptaan Allah S.W.T. |
Hasil
penemuannya mendapati kemunculan cahaya merah pada waktu pagi atau ketika senja
berlaku ketika matahari berada pada kedudukan 19 darjah di bawah kaki langit.
Fakta
saintifik ini telah disebutkan oleh beliau hampir 1,000 tahun dahulu ketika
berada di Sepanyol, sebelum meninggal dunia pada 1,039 Masihi.
Difahamkan,
fakta dan idea asal milik Ibnu Haytam dicedok oleh seorang ahli fizik Belanda,
Willebrord Snel Van Royen (1591-1626).
Willebrord
Snel Van Royen (1591-1626)
Dia
kemudian mempatenkannya dengan istilah Hukum Snellius untuk digunakan dalam
menghitung sudut bias pada cahaya atau gelombang yang melalui udara. Ramai
saintis moden hari ini menggunakannya sebagai sumber rujukan ilmiah.
Dengan
berpandukan hukum tersebut, kiraan yang dilakukan oleh ahli sains mendapati, 20
minit sebelum matahari naik atau terbenam, matahari akan berada pada kedudukan
5 hingga 10 darjah altitud (garis lintang Bumi).
Apabila
matahari berada pada posisi tersebut, cahaya ungu akan muncul di langit dan
tersebar dengan meluas kira-kira 40 hingga 60 darjah azimut - ukuran kedudukan
sfera. Cahaya ini akan berubah menjadi warna merah selepas melalui tingkat
kepadatan gas dan molekul yang melikupi ruang atmosfera bumi.
Ahli
sains sepakat mengatakan fenomena mega berlaku kerana adanya lapisan atmosfera
yang melikupi bumi.
Sebelum
sinaran matahari sampai ke Bumi, ia harus menembusi lapisan atmosfera, melalui
titik halus yang dinamakan horizon, seterusnya disebar oleh partikel-partikel
kecil di atmosfera.
Atmosfera
Sekiranya
Bumi tidak memiliki lapisan atmosfera, fenomena cahaya merah mungkin tidak akan
muncul dengan tiba-tiba ketika terbit dan terus hilang begitu sahaja pada waktu
terbenam.
Daripada
interiaksi itu jugalah, manusia mampu melihat cahaya matahari ketika ia hampir
tenggelam dan terbit seperti waktu tengah hari dimana penglihatan kita
terhalang daripada melihat matahari kerana sinarannya yang menyilaukan mata.
Allah
sengaja menciptakan fenomena sebegitu kerana pada saat itu sinar matahari yang
sudah condong akan melalui atmosfera yang lebih tebal untuk mencapai mata kita.
Dengan
itu, kita boleh melihat sinaran matahari dengan jelas tanpa mencedera atau
menyakitkan mata.
Kepentingan
fenomena mega ini telah dijelaskan secara tersirat oleh Allah di dalam
Al-Qur'an melalui surah Al-Insyiqaq, ayat 16. Firman Allah yang bermaksud:
"Maka Aku bersumpah demi mega".
Allah
bersumpah pada ayat tersebut kerana Dia hendak memberitahu bahawasanya Syafaq,
yakni cahaya merah terletak betul-betul ditengah garis pemisah antara dua
keadaan iaitu siang dan malam.
Bahkan,
jika dikaji surah Al-Insyiqaq daripada ayat 1 hingga 25, kedudukan ayat tentang
Al-Syafaq ini juga terletak di antara bahagian tengah surah.
Untuk
memahami ayat ini, ilmuwan tafsir, Hasan Al-Basri dan Ikrimah cuba menjelaskan
makna Syafaq dengan berpandukan plot selepas ayat 16, iaitu bermula daripada
ayat 17 yang bermaksud; "Dan (demi) malam serta segala yang
dihimpunkannya". Ayat ke-18 pula, "Dan (demi) bulan apabila (penuh
cahayanya) menjadi purnama".
Setelah
Allah bersumpah dengan tiga perkara itu - demi cahaya merah, malam yang
menghimpunkan segala-galanya dan demi bulan apabila ia penuh purnama.
Dan
(demi) malam serta segala yang dihimpunkannya
Allah
berfirman pula pada ayat ke-19 yang maksudnya; "Sesungguhnya kamu tetap
melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu
menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)".
Berdasarkan
ayat-ayat tersebut, Hasan Al-Basri dan Ikrimah membuat kesimpulan bahawasanya
Allah ingin memberitahu sesungguhnya kehidupan kita pasti akan melalui situasi
yang berbeza-beza, seperti mana perubahan alam.
Fenomena
alam hidup yang berubah-ubah ini untuk menunjukkan kepada kita kekuasaan Allah
mencipta segala sesuatu.
Dia
jugalah yang menghiasi warna-warni hidup manusia yang sentiasa bersulamkan
bahagia, dukacita, kesenangan dan kepayahan.
Demikian
Allah mendidik manusia agar menjadikan sunnah alam ini sebagai panduan hidup di
muka bumi.
Penjelasan
inilah kenapa Allah bersumpah pada cahaya merah, pada malam yang gelap dan
bulan purnama.
No comments:
Post a Comment